Fenomena gerhana bulan hiasi malam Ramadan, Chap Goh Mei

LocalSpace
6 Mar 2026 • 4:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Fenomena gerhana bulan atau ‘blood moon’ menghiasi malam Ramadan dan sambutan Chap Goh Mei yang menandakan penutup perayaan Tahun Baharu Cina.

Dua jurufoto Jabatan Penerangan Sabah Johnny Joklis dan Shahvian Mohd Razali sempat merakamkan fenomena bersejarah itu di dua lokasi berbeza iaitu Taman Suria, Penampang dan Kampung Tambalugu, Tuaran.

Imej berkenaan memperlihatkan perubahan rona bulan ketika fasa gerhana penuh, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena astronomi itu.

Menurut Pejabat Mufti Negeri, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang bumi menutupi permukaan bulan.

Terdahulu, pejabat berkenaan turut menggalakkan umat Islam menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) serta mengimarahkan masjid dan surau sepanjang tempoh fenomena tersebut mengikut kesesuaian pengurusan masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved