Fenomena Misteri ‘Ikan Mabuk’ Landa Kali Ciujung, Penduduk Pakat Serbu Kutip Tambah Pendapatan

Environment
8 Dec 2022 • 5:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Fenomena misteri melibat ribuan ikan bertindak aneh dengan pergerakan seakan-akan mabuk secara tiba-tiba dilapor melanda kawasan sungai di di Kali Ciujung, Banten baru-baru ini, lapor portal media tempatan, Okezone News.

Keadaan itu nyata berjaya menarik perhatian penduduk tempatan di sekitar Kali berkumpul dan untuk ke kawasan sungai terlibat bagi menangkap ikan-ikan tersebut.

Dengan hanya berbekalkan beberapa perkakas untuk menangkap ikan, kebanyakan daripada mereka berjaya memperolehi hasil yang lumayan, sehingga ada jumlahnya berkarung-karung.

Antara hasil sungai yang berjaya diperolei oleh orang kampung berkenaan termasuklah ikan lundu, patin, baung, haruan, lapam Jawa, puyu dan juga udang.

“Fenomena alam ini akan terjadi kira-kira lima tahun sekali,” kata salah seorang penduduk tempat, Abidin pada Khamis lalu.

image is not available
Kredit: iNews

Walau bagaimanapun, jenis dan jumlah tangkapan ikan yang berjaya diperolehi oleh penduduk tempatan pada tahun ini tidak sebanyak hasil tangkapan ketika fenomena tersebut melanda kawasan tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, ada di antara penduduk yang memiliki hasil tangkapan ikan dengan jumlah yang agak besar, merancang untuk menjual separuh daripada hasil tangkapannya di pasar.

Bagi penduduk lain pula, ikan-ikan yang ditangkap adalah untuk dijadikan sebagai makanan harian.

Sumber: Oke News