“Fenomena ‘Onn tak Onn’ ini sebenarnya fenomena yang ‘real'” -Asyraf Wajdi

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 4:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Fenomena slogan ‘Onn tak Onn’ yang hangat diperkatakan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 disifatkan sebagai gambaran sebenar penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor.

Rakyat semakin mengenali kepimpinan Onn Hafiz

Memetik laporan daripada Harian Metro, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan sambutan yang diterima sepanjang kempen menunjukkan rakyat semakin mengenali kepimpinan Onn Hafiz dan barisan Exco negeri yang menurutnya aktif turun padang serta mendekati masyarakat.

“Pergilah mana-mana pun fenomena ‘Onn tak Onn’ ini sebenarnya fenomena yang ‘real’.
“Maknanya, orang tahu Menteri Besar dengan barisan Exco yang rata-ratanya dua pertiga adalah di bawah 45 tahun.
“Semangat kerjanya luar biasa kerana mereka menyantuni rakyat. Jadi, mereka bukan hari ini baharu datang masa kempen baharu nak turun baharu nak menabur janji, tak.
“Kempen kita mudah. Jangan janji, lihat bukti. Itu yang paling utama sekali,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program Himpunan Usahawan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada).

Image from: “Fenomena ‘Onn tak Onn’ ini sebenarnya fenomena yang ‘real'” -Asyraf Wajdi

Rakyat Johor sudah lama dengan BN

Mengulas sama ada penyertaan calon Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi UMNO akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN), Asyraf menyatakan beliau yakin gabungan itu masih mempunyai sokongan yang kukuh.

Menurutnya, rakyat Johor pernah memberi peluang kepada parti lain mentadbir negeri sebelum kembali memilih BN pada pilihan raya lalu.

“Rakyat Johor ini sebenarnya mereka dah lama dengan BN dan mereka pernah cuba untuk dapatkan rasa macam mana jika kerajaan di bawah parti lain dan akhirnya mereka kembali kepada BN pada 2022,” katanya.

Image from: “Fenomena ‘Onn tak Onn’ ini sebenarnya fenomena yang ‘real'” -Asyraf Wajdi

Momentum sokongan kepada BN meningkat

Beliau turut memaklumkan momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat berdasarkan siri jelajah kempen yang dilakukannya di seluruh Johor, khususnya dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

“Alhamdulillah, saya telah pun menjelajah hampir dua pertiga DUN seluruh Johor. Saya tengok momentum dia kian meningkat dan yang paling mengujakan saya ialah dalam kalangan pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina dan India.
“Mereka mengalu-alukan kehadiran calon calon kita mengalu-alukan pemimpin-pemimpin kita.
“Setiap Kali kempen yang kita lakukan dan fokus kita kali ini dengan kehadiran sukarelawan daripada pelbagai peringkat adalah untuk mereka turun ke setiap rumah-rumah, itu lebih berkesan.
“Sebab itu kalau tengok kita tak banyak ceramah mega dan umum, kita memfokuskan kepada gerak kerja untuk mereka bertemu dengan seberapa banyak pengundi dan alhamdulillah saya boleh katakan minggu pertama mereka telah selesai pergi ke hampir semua rumah dan minggu yang keduanya adalah untuk mereka sulam saja,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Izz Laily Hussein)

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved