Fenomena Yang Memukau Netizen Sarawak, Musim Bunga Di Bintulu Jadi Tumpuan OOTD

15 May 2023 • 3:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekali pandang, memang nampak macam di Jepun yang dipenuhi dengan bunga sakura.

Fenomena Yang Memukau Netizen Sarawak, Musim Bunga Di Bintulu Jadi Tumpuan OOTD. Musim bunga di Bintulu, Sarawak menjadi tumpuan netizen sejak kebelakangan ini.

Fenomena yang memukau ini menyaksikan pohon-pohon dipenuhi bunga berwarna merah jambu yang tersusun kemas di atas rantingnya.

image is not available
Fenomena Yang Memukau Netizen Sarawak, Musim Bunga Di Bintulu Jadi Tumpuan OOTD. Kredit gambar: FB Muhd Qasnirdha Iskandar

Sering berlaku mengikut bulan di beberapa negeri di Malaysia

Kecantikan dan keunikan pemandangan tersebut telah menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong yang ingin menyaksikan keindahan yang tersergam indah di Bintulu.

Sekali pandang gambar yang tular di media sosial memang nampak seperti pemandangan di Jepun, seperti bunga sakura. Keunikan fenomena ini telah dirakamkan di kamera dan berkongsi pada pelbagai platform media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter.

image is not available
Kredit gambar: FB Muhd Qasnirdha Iskandar

Untuk pengetahuan anda, pokok yang anda lihat itu adalah Pokok Tecoma

Pokok Tecoma atau dikenali juga dengan pelbagai nama seperti pokok kertas tisu, pokok terumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Pink trumpet tree, Pink poui, Pink tecoma atau Rosy trumpet tree manakala nama saintifiknya adalah Tabebuia rosea dari family Bignoniaceae.

Bunga pokok tecoma bersaiz besar, dalam pelbagai nada warna iaitu merah jambu ke ungu, putih, merah dan muncul ketika pokok ini tidak mempunyai atau sedikit daun.

image is not available
Kredit gambar: FB Muhd Qasnirdha Iskandar

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: