Fer Lopez sah sertai Wolves dengan nilai £19 Juta

Football
21 Jun 2025 • 12:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fer Lopez

WOLVERHAMPTON Wanderers, pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), melengkapkan pembelian pertama mereka musim ini dengan membawa masuk penyerang muda, Fer Lopez dari kelab La Liga, Celta Vigo menerusi perjanjian bernilai £19 juta.

Pemain berkaki kiri berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Wolves selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan bersama Celta Vigo, dengan mencatat empat gol daripada 20 penampilan dalam musim 2024/2025.

"Ini adalah peluang yang menakjubkan dalam kerjaya saya untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan saya sangat gembira.

"(Pengurus) Vitor (Pereira) memberitahu saya bahawa beliau fikir saya sesuai dengan skuad ini dan apabila ia melibatkan kelab seperti ini, anda tidak perlu berfikir panjang.

"Pasukan ini beraksi dengan sangat baik sejak Vitor mengambil alih dan saya fikir beliau adalah yang terbaik, jadi saya sangat teruja untuk bersama beliau," katanya.

Sebagai rekod, Lopez pernah bersekolah seketika di Suffolk pada tahun 2018 dan menjalani latihan bersama Akademi Norwich City sebelum menyertai Akademi Celta Vigo pada usia 10 tahun.

Beliau kemudian membantu Celta Vigo menamatkan saingan La Liga di tangga ketujuh musim lalu sebelum menyertai keluarga Wolves di Stadium Molineux.

"Saya tidak dapat jelaskan dengan kata-kata kerana ini adalah segala yang saya impikan.

"Saya pernah beraksi di Bernabeu dua kali, juga menentang Barcelona dan Atletico Madrid itu adalah suasana terbaik di Sepanyol. Kini saya mahu lakukan perkara sama di England," ujarnya.

Ketibaan Lopez hadir selepas Wolverhampton menjual penyerang Matheus Cunha ke Manchester United pada harga £62.5 juta serta melepaskan bek kiri, Rayan Aït-Nouri kepada Manchester City dengan nilai perpindahan £31 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved