Feri karam di Bali libatkan warganegara Malaysia - pemantauan kedutaan

4 Jul 2025 • 10:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menghubungi pihak Kementerian Luar Indonesia berhubung seorang warganegara Malaysia dikhuatiri antara mangsa masih belum ditemukan dalam insiden feri penumpang, KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Selat Bali lewat Rabu malam.

Individu yang dikenal pasti sebagai Fauzey Awang, 55 tahun, dipercayai berada di dalam sebuah van pelancong yang turut berada di dalam feri berkenaan semasa kejadian.

Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van terbabit dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi, Jawa Timur.

“Pihak berkuasa tempatan kini sedang menjalankan proses pengesahan terhadap keberadaan individu berkenaan,” menurut kedutaan dalam kenyataan.

Kedutaan juga telah berhubung dengan ahli keluarga mangsa dan sedang memantau dengan rapat perkembangan operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Untuk bantuan konsul rakyat Malaysia boleh menghubungi pihak kedutaan di talian ‪+62 813 8081 3036‬ atau Konsul Kehormat Malaysia di Bali di talian ‪+62 361 751 953‬. - Bernama