Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Cars
30 Apr 2025 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale". Dua versi baharu yang diperkenalkan iaitu coupe Ferrari 296 Speciale dan convertible 296 Speciale A yang kini tampil dengan pelbagai naik taraf ekstrem untuk prestasi yang lebih agresif di litar.

Kuasa Meningkat Kepada 868 HP

Perubahan paling ketara terletak di bahagian trenkuasa. Kedua-dua model ini menampilkan versi enjin V6 hibrid plug-in yang lebih bertenaga dengan kuasa kini mencecah 868 hp, berbanding 819 hp pada model standard.

image is not availableimage is not available

Kuasa kuda yang menderu ini dicapai hasil talaan semula enjin V6 3.0L twin-turbo 296 hp yang kini menggunakan aturan sistem enjin dan tekanan boost sama seperti pada kereta lumba 296 Challenge. Ferrari juga menggantikan beberapa komponen enjin, termasuk rod penyambung titanium, piston lebih tahan lasak dan aci engkol (crankshaft) lebih ringan.

Kuasa tambahan turut diterima daripada sistem motor elektrik baharu yang menjana 177 hp, serta transmisi klac berkembar 8 kelajuan yang ditala semula bagi penghantaran kuasa lebih responsif.

Pecut 0–100 km/j Dalam 2.8 Saat

Dengan naik taraf ini, Ferrari mendakwa 296 Speciale mampu memecut 0–100 km/j dalam 2.8 saat, dan 0–200 km/j dalam hanya 7 saat. Lebih menarik, jentera ini mencatat masa 1 minit 19 saat di litar ujian Fiorano, lebih pantas daripada 296 GTB standard.

Berat Dikurangkan, Aerodinamik Dipertingkat

image is not availableimage is not available

Bagi mencapai prestasi ini, 296 Speciale menjalani “diet ekstrem”. Bahagian kabin diringkaskan dan digantikan dengan kemasan gentian karbon. Komponen enjin yang lebih ringan serta penggunaan meluas bahan karbon menjadikan jentera ini 60 kg lebih ringan daripada versi biasa.

Sistem Suspensi Perlumbaan, Cengkaman Lebih Baik

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk kawalan lebih tajam di selekoh, ketinggian jentera direndahkan sebanyak 5 mm. Penyerap hentak standard digantikan dengan unit Multimatic dengan spring titanium, sama seperti yang digunakan pada Ferrari 296 GT3. Tayarnya pula kini ialah Michelin Pilot Sport Cup 2, direka khas untuk cengkaman maksimum.

Gabungan rekaan bampar baharu, diffuser besar, serta spoiler boleh laras meningkatkan downforce sebanyak 20%, menjadikan 296 Speciale bukan sekadar laju, tapi stabil semasa dipandu pada kelajuan tinggi.

Selain Merah Ikonik, Warna Hijau Unik Turut Ditawarkan

image is not availableimage is not available

Ferrari memperkenalkan warna eksklusif Verde Nurburgring dengan jalur lumba putih untuk memberikan identiti unik kepada model Speciale ini. Namun, pembeli masih boleh memilih warna merah ikonik Ferrari untuk gaya lebih klasik.

Hanya Untuk Pelanggan Terpilih

image is not availableimage is not available

Seperti Ferrari Speciale yang lain, model 296 Speciale dan Speciale A ini hanya ditawarkan kepada pelanggan sedia ada Ferrari yang telah membeli model terdahulu. Harga? Ferrari seperti biasa tidak mendedahkannya.

image is not available