Ferrari Lesap Dari Car Wash, Polis Tahan 6 Individu

LocalCars
27 Nov 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anak penyanyi antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan supercar jenis Ferrari di sebuah pusat cuci kenderaan di Hulu Kelang, Ampang pada 17 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, mangsa yang merupakan ahli perniagaan dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM300,000.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya yang menjalankan siasatan lanjut kemudian menahan empat lelaki tempatan berusia 23 hingga 33 tahun di sekitar daerah ini pada 17 November lalu.

“Tangkapan susulan dibuat tiga hari kemudian (20 November) ke atas seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun sebelum Ferrari tersebut ditemui di tempat letak kereta sebuah kediaman di Taman Tunku di sini, Sabtu lalu.

image is not availableimage is not available

“Kereta (Ferrari) dibawa lari oleh bekas pemandu yang mendakwa tidak dibayar gaji namun kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Turut dirampas kereta Ferrari yang dilarikan, Naza Suria, BMW X5, BMW, alat kawalan jauh kereta dan sebungkus plastik lutsinar tulisan ‘Diamond’.

Buat masa ini, polis sedang giat mengesan rakan penjenayah yang masih bebas.