Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

TechnologyCars
11 Feb 2026 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce. Yang berbeza bukan sekadar trenkuasa yang digunakan tetapi juga sentuhan dalaman, ruang kabinnya yang sangat radikal hasil buah fikiran bekas Ketua Reka Bentuk Apple, Sir Jony Ive.

Jika sebelum ini ia hanya dikenali sebagai 'Elettrica', pemilihan nama Luce (bermaksud 'cahaya' dalam bahasa Itali) melambangkan visi CEO Ferrari, Benedetto Vigna, untuk ‘menyuluh’ masa depan syarikat ke arah era mobiliti hijau.

Juga Menarik: Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Bekas Bos Reka Bentuk Apple Terlibat?image is not available

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ferrari memilih Jony Ive dan firma rekaannya, LoveFrom. Jawapannya mudah, Ferrari mahukan sesuatu yang melangkaui norma automotif biasa.

Ive merupakan individu penting di sebalik rupa paras iPhone, iPad dan iMac yang kita gunakan hari ini. Hasilnya? Pengaruh Apple sangat jelas dilihat pada skrin infotainmen bersaiz 10 inci di tengah papan pemuka yang boleh digerakkan, tak ubah macam iPad!

image is not availableimage is not available

Walaupun skrinnya kelihatan futuristik, kluster instrumen masih kekal klasik, dalam versi meter bulat dengan jarum fizikal bagi mengekalkan jiwa ‘analog’ Ferrari.

Stereng Ferrari Luce Diinspirasikan Daripada Kereta F1?image is not availableimage is not available

Stereng Luce direka dengan tiga jejari halus yang diperbuat daripada aluminium yang terdedah tanpa kemasan kulit atau balutan sebarang jenis fabrik. Reka letak butang dan paddle shifter yang besar diambil terus daripada jentera Formula One (F1) klasik Ferrari.

Disebabkan rekaan yang minimalis dan penggunaan bahan aluminium bergred tinggi, stereng ini jauh lebih ringan berbanding model Ferrari yang lain. 

Kenapa Ferrari Masih Kekal Menggunakan Banyak Butang Fizikal?image is not availableimage is not available

Dalam dunia di mana kebanyakan kereta kini beralih kepada skrin sesentuh untuk kawalan pelbagai fungsi kenderaan, Ferrari Luce muncul dengan kelainan kerana masih mengekalkan butang fizikal. Jony Ive menegaskan bahawa kabin sebuah Ferrari mestilah berfungsi, interaktif dan "hidup".

Semua kawalan penting seperti penukar gear jenis toggle, suis tingkap, dan butang pembuka pintu ditempatkan pada konsol tengah yang diperbuat daripada kaca khas.

image is not available

Selain itu, walaupun tampil futuristik, model ini tiada butang Start/Stop biasa. Pengguna perlu meletakkan kunci pada slot khas di konsol untuk menghidupkan ‘nadi’ elektriknya. 

Penggunaan Material Kaca & Aluminium Naikkan Aura Mewahimage is not availableimage is not available

Penggunaan material premium seperti kaca yang diperkukuh (daripada pakar kaca, Corning) dan aluminium anod telah menambah berat sekitar 10 kg berbanding penggunaan plastik biasa. 

Namun, bagi Ive, pertambahan berat itu berbaloi kerana bahan-bahan ini memberikan rasa yang lebih mewah, kukuh dan eksklusif yang tidak boleh ditandingi oleh plastik.

Bilakah Ferrari Luce Akan Dilancarkan Sepenuhnya?

Segala persoalan mengenai rekaan luarannya yang sebenar dan prestasinya hanya akan terjawab pada Mei nanti. Ferrari dijangka akan melakukan pelancaran global secara besar-besaran untuk membuktikan bahawa kereta elektrik juga boleh memiliki ‘jiwa’ kuda lumba. 

Juga Menarik: Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta