Ferrari Luce Ialah EV Pertama Ferrari Dengan 1035HP dan Harga RM 2.6 Juta

Cars
26 May 2026 • 9:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ferrari Luce dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi sebagai EV pertama keluaran syarikat yang berpangkalan di Maranello Itali. Setelah rekaan dalaman yang menerima sentuhan Jony Ive diperlihatkan beberapa bulan lalu, rekaan keseluruhan Luce akhirnya didedahkan dengan reaksi bercampur-baru daripada peminat Ferrari.

Image from: Ferrari Luce Ialah EV Pertama Ferrari Dengan 1035HP dan Harga RM 2.6 Juta

Ini kerana Luce ialah sebuah EV empat pintu yang membawa lima penumpang. Ini juga kali pertama dalam sejarah Prancing Horse, kereta lima tempat duduk dihasilkan. Rekaan luaran serta dalamannya bertentangan secara diametrik dengan rekaan tradisi sentuhan Pininfarina yang digunakan Ferrari.

Image from: Ferrari Luce Ialah EV Pertama Ferrari Dengan 1035HP dan Harga RM 2.6 Juta

Ia kelihatan lebih seperti sebuah kereta keluarga dan bukannya untuk mereka yang mahukan kereta prestasi tinggi yang agresif. Menurut Ferarri rekaan tubuh Luce mungkin tidak konvensional tetapi mempunyai pekali geseran udara paling rendah dalam sejarah syarikat. Ia turut menggunakan empat pintu yang dibuka seperti kelopak yang mengingatkan kami kepada Mazda RX8.

Image from: Ferrari Luce Ialah EV Pertama Ferrari Dengan 1035HP dan Harga RM 2.6 Juta

Sungguhpun begitu ia masih dilengkapi empat motor elektrik dengan kuasa keseluruhan 1035 kuasa kuda. Motor belakang menghasilkan majoriti kuasa 831 HP dan depan pula 282 HP. Ia mungkin nampak seperti kereta keluarga tetapi prestasinya masih Ferrari dengan 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat dan kelajuan maksimum 310 km/j.

Image from: Ferrari Luce Ialah EV Pertama Ferrari Dengan 1035HP dan Harga RM 2.6 Juta

Pek bateri sebesar 122 kWh menyokong infrastruktur 800VC serta pengecasan 350 kW. Jarak perjalanan yang boleh dilakukan ialah sehingga 531 km (WLTP) atau 450 km (EPA). Kenderaan hadir dengan 5 mod pemanduan yang diubah menggunakan padel stereng.

Image from: Ferrari Luce Ialah EV Pertama Ferrari Dengan 1035HP dan Harga RM 2.6 Juta

Apabila mod pemanduan diubah, ia memberikan pengalaman seakan memandu kereta ICE dengan mod pecutan berbeza dan seakan gear diubah. Walaupun EV ini menyokong sistem brek janaan semula, Luce masih dilengkapi sistem brek Brembo.

Ferrari Luce akan ditawarkan di Eropah bermula Q2 2027 pada harga bermula €550,000 (~RM 2.6 juta) sebuah sebelum ditawarkan ke pasaran lain.

View Original Article