Ferrari Tidak Lagi Menawarkan Sistem Navigasi GPS Dalam Kenderaan

TechnologyDigitalCars
16 Jun 2024 • 8:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem navigasi GPS mula digunakan dalam kenderaan sejak 1990 dengan Mazda Eunos Cosmo ialah yang pertama dilengkapi sistem ini. Kini penggunaan aplikasi GPS sangat meluas dan digunakan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke destinasi. Kepada mereka yang ingin membeli kereta Ferrari, syarikat dari Itali tidak lagi menawarkan sistem GPS terbina pada sistem infohibur kenderaan mereka.

image is not available

Menurut laporan Motor1, keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan. Majoriti pemilik lebih gemar menggunakan aplikasi GPS pada telefon berbanding sistem terbina. Malahan aplikasi telefon pintar lebih kerap dikemaskini berbanding GPS dalam kenderaan.

Degan Ferrari sudah memulakan langkah, mungkin ia akan menjadi ikutan pengeluar lain. Kami hari mengakui lebih gemar menggunakan Waze pada telefon pintar berbanding sistem GPS dalam kenderaan kerana ia lebih pantas, tepat dan memberikan maklumat yang lebih tepat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved