Festival ASEAN 2023 Tampil Dengan Lebih Meriah! Ada Kepelbagaian Budaya, Hidangan & Hiburan!

20 Nov 2023 • 12:10 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Inilah peluang anda untuk meraikan kepelbagaian budaya dari serata negara ASEAN! Festival ASEAN 2023 menjanjikan extravaganza yang merentasi sempadan. Festival ini merupakan gabungan budaya, hiburan dan perdagangan yang hebat antara semua negara ASEAN. Dijadualkan berlangsung selama 4 hari bermula dari 30 November hingga 3 Disember 2023, di Lalaport BBCC, Kuala Lumpur.

image is not available

image is not available

Para pengujung bakal dijamu dengan pelbagai masakan & hidangan dari seluruh negara Asia Tenggara. Platform yang luar biasa ini bukan sahaja menjemput pengunjung untuk menikmati dan menghargai pelbagai masakan, tetapi juga menawarkan peluang unik untuk menyelami dunia bahan-bahan dan teknik memasak yang tersendiri.

image is not available

Festival ini juga akan menampilkan muzik yang mempersona, persembahan yang memukau, dan pelbagai aktiviti kebudayaan, demi memastikan pengalaman yang menyeronokkan untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

image is not available

Festival ASEAN 2023 ini disokong oleh Tourism Malaysia, Malaysia Madani, dan Kedutaan ASEAN, serta pelbagai persatuan, jenama dan rakan kongsi tempatan mahupun antarabangsa. Penglibatan mereka menggariskan kepentingan festival itu dalam memupuk perpaduan budaya dan mempromosikan sektor pelancongan, menjadikannya usaha kolaboratif yang merentasi sempadan.

image is not available

Anda juga berpeluang memenangi Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik! Ada pakej pelancongan dalam dan luar negara, beberapa gajet seperti telefon pintar Vivo terbaharu, jam tangan Huawei, peluang untuk pandu uji dan memenangi basikal elektrik, aksesori RAZER, set wangian Vanzo Perfume, selipar FIPPER, barangan fesyen MILLIOT & CO, ayam MARRY BROWN, set, hirisan dan baucar Pizza AS, 2000 pek popcorn EUREKA, dan juga biskut THE FAMOUS COOKIES berserta baucar!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan dan kepelbagaian budaya di Festival Asean 2023!

Lokasi:

LaLaport, BBC:- Gate Plaza (Luar Tingkat Bawah, Kawasan Air Pancut):

Tarikh & Masa:

- 30 Nov (Khamis) dan 1 Dis (Jumaat): 4:00 PM - 10:00 PM

- 2 Dis (Sabtu) dan 3 Dis (Ahad): 12:00 PM - 10:00 PM