Festival Filem Jepun Kembali Dari 17 Sept – 15 Okt

28 Aug 2023 • 5:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
16 pelbagai genre filem Jepun pada Festival Filem Jepun. - gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Festival Filem Jepun (JFF) tahunan di Malaysia akan kembali berlangsung dari 17 Sept hingga 15 Okt, menampilkan 16 filem Jepun dengan pelbagai genre seperti animasi, komedi, thriller, romantik, dan drama keluarga.

Dianjurkan oleh Yayasan Jepun Kuala Lumpur (JFKL) dan dengan GSC sebagai venue rasmi, edisi ke-19 festival filem itu merangkumi filem thriller situasi 'Manhole'.

Menurut GSC, tiket untuk tajuk-tajuk JFF 2023 boleh didapati pada harga RM10 setiap tiket, kecuali untuk filem 'Manhole' (mengikut harga tiket GSC semasa) dan akan dijual seminggu sebelum tarikh tayangan di kawasan masing-masing.

Tayangan umum dijadualkan di empat kawasan di tujuh pawagam GSC terpilih - Lembah Klang (Mid Valley, 1 Utama, dan Nu Sentral), Johor Bahru (Paradigm JB), Pulau Pinang (Gurney Plaza), Kuching (CityONE Megamall), dan Kota Kinabalu (Suria Sabah).

"Untuk mendapatkan tempat duduk mereka, penonton boleh membeli tiket dalam talian melalui laman web GSC, aplikasi mudah alih, atau kiosk tiket di pawagam," kata GSC di laman webnya.

Selain itu, program istimewa - 'Maraton Detective Conan' dan 'Your Lovely Smile' - akan ditawarkan secara percuma di pawagam terpilih.

Sila layari laman Facebook JFKL untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved