"Festival Kopi Kemaman" - Terengganu Miliki Satu Lagi Tarikan Pelancongan Baharu Tahun Ini

Travel
6 Jun 2023 • 4:43 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Terengganu merupakan syurga bagi korang nak rasa mengopi di tepi pantai kerana negeri tersebut sinonim dengan pantai yang cantik dan mengagumkan pandangan.

Kalau korang nak rasa pengalaman mengopi tepi pantai sambil menikmati tiupan bayu yang menyamankan, kenalah pergi ke Terengganu atau lebih tepat, Festival Kopi Kemaman yang telah diadakan di Resorts World Kijal pada 2 dan 3 Jun baru-baru ini.

Siapa sangka mukim kecil seperti Kijal dan dianggap jauh dari kemudahan bandar ada festival yang besar menarik perhatian orang ramai seperti Festival Kopi Kemaman.

image is not available

Min yakin setiap penggemar kopi akan tertunggu-tunggu untuk pergi ke pesta kopi merasai pelbagai jenis minuman tersebut dan cara brew yang berlainan dari biasa.

Selalunya orang kita lebih menggemari kopi-kopi di Starbucks, Gigi Coffee atau kopi kampung-kan? Namun Festival Kopi Kemaman kali ini tampil dengan lebih menarik kerana buat julung kalinya pesta kopi sebegini diadakan di tepian pantai.

Pesta Kopi Yang Meriah!

image is not availableimage is not availableimage is not availableFestival Kopi Kemaman dianjurkan bersama Tourism Terengganu, Resorts World Kijal serta komuniti-komuniti kopi tempatan sekitar daerah tersebut menghimpunkan seramai 35 vendor dan menarik lebih 8,000 pengunjung dalam masa satu hari saja! Meriah betul.

Pedalhaus selaku penyelaras Festival Kopi Kemaman ini tidak menyangka bakal menerima pengunjung seramai 2,000 pada beberapa jam pertama selepas perasmian majlis tersebut.

Ramai betul orang yang datang dan dianggarkan lebih 2,000 pengunjung selepas beberapa minit Festival Kopi Kemaman dirasmikan.

Pengunjung yang datang bukan sekadar dari Kemaman, bahkan ada juga yang datang dari daerah-daerah lain sekitar Terengganu dan ada juga yang datang dari Pahang tau!

image is not availableimage is not availableimage is not available

Pengunjung dari luar Terengganu yang datang ke Festival Kopi Kemaman ni merasakan berbaloi datang dari jauh kerana macam-macam aktiviti ditawarkan di festival seperti :

-Kelas asas pembuatan kopi.

-Pertandingan latte art

-Dikir barat

-Sukan rakyat

-Wayang pacak

-Busking

-Persembahan Kebudayaan

-Cabutan bertuah

-Sukan rakyat

-Pelepasan anak-anak penyu

-Espresso Class 101

-Sharing session berkaitan kopi

Kopi Untuk Semua!

image is not availableVendor-vendor di Festival Kopi Kemaman bukan sahaja menyediakan kopi yang enak je tau kepada pengunjung malahan menawarkan kopi-kopi yang dihidangkan dengan cara unik seperti teknik brew secara syphon, nitrogen cold brew coffee, pour over dan aeropress.

Peniaga di Festival Kopi Kemaman tidak lokek memberi tester kepada pelanggan dorang dahulu sebelum membelinya untuk pengalaman minum kopi yang lebih luar biasa.

image is not availablePelbagai tawaran serta kupon diberikan vendor Festival Kopi Kemaman kepada pengunjung yang hadir untuk membeli kopi pilihan mereka dan himpunan merchandise rasmi di setiap booth seperti biji kopi special, t-shirt, keychain, button badge dan tote bag.

Setiap vendor di Festival Kopi Kemaman mempunyai signature dan keunikan kopi mereka sendiri. Bayangkan minum kopi yang di-brew segar dan terus dihidangkan kepada korang. Padu amat!

image is not availablePengunjung Festival Kopi Kemaman teruja dengan kopi yang dihidangkan oleh Kopi Junkey yang menghidangkan menghidangkan kopi cold brew menggunakan liquid nitrogen yang enhance-kan lagi taste note kepada kopi tersebut.

Dah habis 'persembahan' kopi nitrogen, dorang tampilkan pula syphon yang menarik perhatian pengunjung di situ sebab bentuknya seakan-akan barang dari makmal sains.

Min diberi peluang untuk merasa kopi Sabah Ranau - Honey Process yang dihidangkan dalam cup seramik dari Jepun. Taste note untuk kopi ni min cukup suka sebab di hujung-hujung tegukan tu akan ada rasa limau tangerine.

Minuman yang dijual Kopi Junkey ni tak dapat kat tempat lain dan min betul-betul puas hati dapat kopi rare macam ni.

image is not availablePengunjung di Resorts World Kijal antara yang beruntung sebab dorang bukan sahaja dapat pemandangan yang cantik menghadap laut tapi berpeluang juga untuk menikmati setiap kopi di booth Festival Kopi Kemaman.

Ada juga yang beli kopi serta kudap-kudap di Festival Kopi Kemaman dan nikmati minum petang dorang di balkoni bilik sambil layan pemandangan yang mengagumkan diterangi cahaya matahari pada waktu senja. Sangat estetik weh!

Kalau korang nak tahu, Festival Kopi Kemaman ini akan diteruskan lagi dan akan dimuatkan dalam kalendar pelancongan Terengganu pada tahun-tahun akan datang kerana sambutannya sangat-sangat luar biasa.

Sepanjang 2 hari Festival Kopi Kemaman ni berlangsung min cukup puas hati dapat menikmati kopi yang unik sambil layan angin di tepi pantai. Memang takkan dapat di tempat lain, hanya di Kemaman, Terengganu saja.