Festival Makanan Terbesar, Food Republic Bakal Meriahkan Kuching Mulai Esok

10 Jan 2023 • 3:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik untuk pencinta makanan

Festival Makanan Terbesar, Food Republic Bakal Meriahkan Kuching Mulai Esok. Pesta makanan, Food Republic yang dinanti-nantikan seluruh pencinta makanan kini kembali ke Kuching.

image is not available
Festival Makanan Terbesar, Food Republic Bakal Meriahkan Kuching Mulai Esok. Kredit: Food Republik

Pesta makanan yang diadakan selama lima hari ini akan mempamerkan pelbagai gerai makanan yang akan menawarkan aneka pilihan makanan yang menarik.

Berlangsung selama 5 hari

Selain itu, difahamkan festival makanan ini juga akan disertai oleh pelbagai jenama makanan dan minuman terkenal. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang dan menikmati hidangan lazat di festival makanan terbesar ini!

image is not available

Di sini, anda akan dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan lokal sehingga ke hidangan barat. Pasti anda akan rambang mata berkunjung ke sini.

image is not available

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati hidangan ‘viral’ dan ‘trendy di sini misalnya kunafa, cocktail balang dan dessert daripada jenama terkenal Suka Dessert!

Turut dimeriahkan oleh artis-artis terkenal

Menariknya, festival ini akan dimeriahkan oleh artis-artis terkenal. Pengunjung juga berpeluang membeli produk yang diusahakan oleh mereka di sini. Bukan itu sahaja, rebut peluang ini untuk bergambar bersama mereka.

Antara artis yang akan hadir bagi memeriahkan festival tersebut ialah Chacha Maembong, Zaiton Sameon, Bob Yusuf dan ramai lagi.

image is not available

Food Republic ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 11 hingga 15 januari ini dan akan berlangsung di perkarangan Stadium Negeri Sarawak.

Baca lagi artikel menarik di sini: