
Kota Kinabalu: DENGAN sambutan hari kebangsaan yang sedang rancak di seluruh negara, festival muzik Semangat Sabah 2022 bersedia untuk menggegarkan ibu negeri sempena sambutan Hari Malaysia dengan barisan artis tempatan dan bakat baharu yang sedang hangat ketika ini.
Semangat Sabah, yang akan berlangsung di Dewan KDCA, Penampang pada 16 September, menjemput orang ramai dari semua peringkat umur untuk menikmati gabungan muzik etnik tradisional dan moden yang akan dipersembahkan oleh artis kegemaran ramai seperti Francis Landong, Estranged, Clarice John Mattha dan Velvet Aduk antara lain.


