Festival Novel Malaysia 2026 jadi medan amal, borong al-Quran untuk pelajar tahfiz

LocalSales & Promo
23 Sep 2026 • 5:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Festival Novel Malaysia 2026 jadi medan amal, borong al-Quran untuk pelajar tahfiz
Beberapa pengunjung dilihat mengunjungi reruai naskhah Al-Quran di Festival Buku Karangkraf 2026
Image from: Festival Novel Malaysia 2026 jadi medan amal, borong al-Quran untuk pelajar tahfiz
Pesara swasta, Mohamad Nor Hamdan

SHAH ALAM - Festival Novel Malaysia 2026 yang berlangsung dari 23 hingga 27 September di Kompleks Karangkraf di sini menampilkan buku daripada pelbagai kategori yang memenuhi cita rasa pembaca.

Selain bahan bacaan, festival berkenaan turut menawarkan variasi naskhah al-Quran dalam beberapa pilihan mushaf pada harga lebih rendah sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

Bagi seorang pesara swasta, Mohamad Nor Hamdan, 60, kesempatan berkunjung ke Karangkraf dimanfaatkan bagi membeli al-Quran untuk dihadiahkan kepada pelajar tahfiz, khususnya kanak-kanak yang sudah menamatkan pengajian Iqra’.

**media[3656597]**

“Apa yang menarik ialah harga yang ditawarkan sepanjang festival ini kerana terdapat potongan harga sehingga 25 peratus. Jadi saya boleh beli lebih dengan bajet yang ada untuk dihadiahkan kepada mereka.

“Saya berbelanja sebanyak RM 300 bagi mendapatkan 10 naskhah al-Quran. Jika tiada potongan, saya perlu bayar sekitar RM400," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Festival Novel Malaysia 2026 turut menawarkan pelbagai bahan bacaan pada harga serendah RM5, selain menghimpunkan penerbit dan judul buku daripada pelbagai kategori.

Menurut pekerja sambilan, Nurain Nisa Mohd Satar, 24, tawaran harga berkenaan memberi peluang kepadanya mendapatkan buku pada harga lebih rendah.

"Paling murah pun RM5 di sini. Selain itu, ada juga buku yang diberikan diskaun sehingga 10 peratus.

"Aktiviti yang disediakan pun menarik, termasuk menulis dan menghantar surat secara terus kepada individu yang ingin kita kirimkan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lepasan graduan Universiti Awam, Nayli Fathiah Fyzul Azwar, 22, berkata, konsep dekorasi serta ruang interaktif disediakan menjadikan festival berkenaan lebih menarik untuk diterokai.

Menurutnya, pengunjung bukan sahaja boleh membeli dan membaca buku, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti menulis surat, melukis dan menghasilkan origami.

"Selain itu, kita boleh berjumpa dengan penulis terkenal dan berinteraksi dengan mereka,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved