Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Kata Tiong King Sing

LocalTravel
23 Jun 2026 • 3:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Kata Tiong King Sing

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui pada 30 April sehingga 2 Mei lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menganjurkan pesta air, World Labour Day Celebration Rain Rave Water Music Festival bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Penganjuran festival kontroversi terbabit sebelum itu mendapat kritikan ramai termasuk Ketua Pemuda UMNO, Akmal Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh yang menggesa agar acara tersebut dibatalkan serta berpendapat ia adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan ketika kerajaan sedang melakukan penjimatan namun ianya tetap berlangsung seperti yang dirancang.

Image from: Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Kata Tiong King Sing

Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Dihadiri Ratusan Ribu Pengunjung

Terbaharu, hari ini (23 Jun), Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mendedahkan penganjuran pesta air tersebut telah menjana pulangan ekonomi melebihi RM392 juta.

Ia susulan festival berkenaan dihadiri oleh ratusan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Jelas Tiong, festival yang juga dianjurkan di beberapa buah lokasi di Malaysia telah menarik kira-kira 150,000 pengunjung domestik dan 100,000 pelancong asing.

Ini sekaligus membawa pulangan kepada ekonomi negara sebanyak RM320.43 juta manakala penganjuran di enam lokasi lain menjana RM71.9 juta.

“Festival ini menarik kira-kira 150,000 pengunjung domestik termasuk Sabah dan Sarawak serta 100,000 pelancong asing daripada negara China, Jepun, Bangladesh, India, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan lain-lain, dengan anggaran pulangan RM320.43 juta kepada ekonomi.

“Pada masa yang sama, penganjuran di enam negeri termasuk Terengganu, Melaka, Labuan, Negeri Sembilan, Johor dan Langkawi menarik kira-kira 165,000 pengunjung dan menjana anggaran pulangan ekonomi sebanyak RM71.9 juta,” jelasnya.

Image from: Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Kata Tiong King Sing

Kerajaan Pilih Kekalkan Kemasukan Percuma Kepada Orang Ramai

Tiong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu menjelaskan kerajaan memilih untuk mengekalkan kemasukan percuma kepada orang ramai meskipun festival itu berpotensi untuk menjana RM50 juta sehingga RM75 juta sekiranya bayaran tiket dikenakan bermula RM200 hingga RM300 seorang.

Pemain Industri Pelancongan Lain Turut Terima Kesan Positif

Malah, manfaat ekonomi hasil daripada penganjuran festival tersebut turut diagihkan secara meluas kepada pemain industri pelancongan serta perniagaan tempatan.

Jelas Tiong, sebanyak 80 hotel seluruh negara yang menawarkan diskaun antara 30% sehingga 50% sempena festival air itu telah merekodkan kadar hunian hampir 100%.

Malah, beberapa pusat membeli belah di sekitar ibu negara turut menerima kesan positif apabila berlaku peningkatan jualan sehingga hampir 45% dan peningkatan pengunjung sehingga 31%.

Image from: Festival Rain Rave Jana Pulangan Lebih RM390 Juta, Kata Tiong King Sing

Untuk info, selain Akmal, masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut membantah penganjuran festival berkenaan.

Ini kerana mereka mendakwa penganjuran festival muzik dan air sebegitu dilihat membawa lebih banyak kemudaratan pergaulan bebas yang tidak terkawal, menyuburkan maksiat di kawasan terbuka dan budaya hedonisme serta hiburan melampau yang jauh daripada nilai ketimuran dan agama.

Namun Tiong kemudiannya membidas kenyataan pihak yang membantah penganjuran pesta tersebut.

Tiong mempertahankan penganjuran acara tesebut dan ia adalah acara terbuka bersifat sukarela. Malah dia berpendapat adalah tidak wajar dijadikan sebagai polemik atau dipaksakan ke atas pihak lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Pesta Air Cadangan Paling Bod*h” – Akmal Gesa PM Batalkan Rain Rave Music Festival, Gugurkan Menteri Pelancongan

Baca Artikel Berkaitan: 79 Hotel Di Seluruh Negara Tawar Diskaun Hingga 70% Sempena Hari Pekerja & Rain Rave Festival 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved