Festival saji hidangan unik warisan etnik Sabah

5 Feb 2023 • 1:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Festival Makan-Makan Kota Kinabalu di sini bukan sahaja syurga bagi penggemar makanan, tetapi tempat untuk mempelajari mengenai hidangan unik warisan etnik Sabah.

Dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sempena ulang tahun ke-23 bandaraya ini, program tiga-hari dari 3 hingga 5 Feb ini menampilkan makanan tradisional dan masakan kampung, di samping makanan barat dan tular.

Bertempat di pusat bandaraya, festival ini bermula dari Taman Chong Thien Vun hingga ke Lintasan Deasoka dengan hampir 90 gerai makanan dan kendera saji disediakan selain persembahan busking.