Festival Sastera George Town Kembali Lagi 29 Nov

22 Jun 2024 • 9:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

GEORGE TOWN – Pulau Pinang akan terus menjadi tuan rumah bagi acara tahunan Festival Sastera George Town, bersesuaian dengan negeri itu yang sering menjadi tumpuan penulis dan penerbit.

Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang, Datuk Dr Ooi Kee Beng berkata, festival itu juga secara tidak langsung akan meningkatkan industri pelancongan negeri di utara semenanjung itu.

Sejak beberapa tahun lalu Festival Sastera George Town dianjurkan oleh Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, tetapi kali ini ia dianjurkan oleh Institut Pulau Pinang. Dalam satu sidang media pada Rabu lalu, Ooi berkata institut itu ketika ini sedang mencari penaja daripada sektor swasta bagi acara tersebut.

Bakal berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember, Festival Sastera George Town akan diadakan di China Street Ghaut kemudian ke Beach Street dan seterusnya di ChinaHouse, dan St Xavier's Institution ke Rumah Agam Cheong Fatt Tze.

Pelbagai program akan dijalankan antaranya sesi perbincangan, pelancaran buku, sesi membaca dan  aktiviti berjalan kaki menyelusuri bangunan-bangunan warisan di sepanjang Penang Street.

Festival Sastera George Town diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi reputasi Pulau Pinang sebagai hab sastera dan pelancongan.

Festival itu berjaya menarik seramai 5,000 pengunjung tahun lalu. – Getaran, 22 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved