TANJONG MALIM — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi menjadi tumpuan dunia seni apabila Festival Warisan Nusantara: Rentak Tari Destar Limar 2.0 berlangsung dengan meriah di kampus universiti itu malam ini.
Program anjuran Kelab Destar Limar UPSI berkenaan menghimpunkan persembahan seni tari tradisional dari Malaysia, Indonesia dan Brunei bagi memperkukuh jaringan komuniti seni serta mengangkat martabat warisan budaya Nusantara ke peringkat antarabangsa.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Daerah Tanjong Malim, Roslan Kamarulzaman, dan turut dihadiri Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI, Siti Salwa Jamaldin, bersama tetamu kehormat, peserta serta penonton yang memenuhi dewan.
Menurut penganjur, festival berkenaan bukan sekadar pentas hiburan, sebaliknya wadah memperkasakan jati diri bangsa dan menghayati nilai estetika budaya yang diwarisi turun-temurun.
“Apabila kita menyaksikan lenggok tari dan irama muzik tradisional, kita sebenarnya sedang melihat sejarah dan identiti bangsa yang terus hidup dalam jiwa generasi muda,” menurut kenyataan Kelab Destar Limar UPSI.
Festival berkenaan menampilkan tiga slot utama persembahan yang merangkumi pelbagai tarian tradisional serantau. Slot pertama menampilkan Tarian Kemahang oleh Kolej Matrikulasi Pahang, Tarian Zapin Malam Pertama oleh Kelab Destar Limar, Tarian Dabus oleh UiTM Rembau, dan Tarian Melanau oleh Destar Limar.
Slot kedua mempersembahkan Tarian Serampang 12 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tarian Minang oleh Destar Limar dan Tarian Tanggai Sang Dara oleh Sanggar Musi, Palembang, Indonesia, diserikan dengan persembahan artis jemputan Rofikoh Isnaini.
Sementara itu, Slot ketiga menampilkan Tarian Vietnam oleh Destar Limar, Tarian Zapin Seri Bunian oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Tarian Zapin Putar Lam oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), diiringi persembahan artis tempatan Syafiqah Rosli.
Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada penaja termasuk Renjis by Galeri Juzi, Galeri Juzi, Al-Fateh Catering, NADI: Pusat Sebaran Maklumat Nasional, JM D’Fluer Bouquet, Scholar Suites Hospitality Training Centre, The Chef Box, Laksa Sarang Pokok Tumbang, Cartel Clothing Printing, Rentak Seni dan Tari Seri Maharani.
Sokongan penaja tersebut mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kelestarian warisan budaya terus dipelihara dan diraikan.
Festival Warisan Nusantara: Rentak Tari Destar Limar 2.0 dijangka diteruskan sebagai acara tahunan yang menjadi platform memperkukuh semangat kebudayaan, perpaduan dan identiti bangsa di peringkat serantau.
Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.jpg)


