
SHAH ALAM - FGV Holdings Bhd di bawah jenama Saji dan Seri Pelangi mengedarkan sebanyak 200 bubur caca nyonya kepada pengunjung yang hadir sempena Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024.
Pengagihan bubur berkenaan dilakukan selepas demonstrasi masakan yang dijalankan secara langsung oleh cef tersohor, Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Cef Asma.
Cef Asma menggunakan santan dan krimer daripada Saji sepanjang demonstrasi masakan dijalankan di pentas utama di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini.
Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.
Selain itu, reruai FGV Holdings Bhd turut disediakan bagi pengunjung membeli produk-produk keluaran Saji atau Seri Pelangi sepanjang lima hari program tersebut yang bermula Isnin.
Produk tersebut adalah minyak masak, krimer daripada Saji dan marjerin Seri Pelangi.
Saji melancarkan produk baharu iaitu ketupat mini dan sup bunjut pada 8 Mac lalu dan pengguna boleh membelinya di pasaran.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
