FGV kini sah boleh dinyahsenarai dengan Felda peroleh lebih 90% pegangan melalui tawaran pengambilalihan

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2025 • 9:15 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

FGV kini sah boleh dinyahsenarai dengan Felda peroleh lebih 90% pegangan melalui tawaran pengambilalihan

image is not available

30/07/2025 - 09:15

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Julai - FGV Holdings Bhd dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memperoleh 91.73% kepentingan ekuiti melalui tawaran pengambilalihan tanpa syarat secara sukarela.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata Felda bersama pihak yang bertindak secara sepakat (PACs) kini memegang sebanyak 3.35 bilion saham, bersamaan 91.73% daripada jumlah saham terbitan FGV setakat pukul 5 petang semalam.

“Sebelum ini Felda telah menyatakan ia tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV.

“Bursa Securities akan menggantung dagangan saham FGV lima hari pasaran selepas tarikh akhir tawaran tersebut,” kata FGV.

Felda dijangka mengambil langkah-langkah susulan untuk menarik balik penyenaraian FGV dan menjadikannya entiti milik penuh.

Tawaran tunai Felda sebanyak RM1.30 sesaham masih terbuka untuk diterima sehingga jam 5 petang pada hari Jumaat, 15 Ogos 2025.

Makluman rasmi itu diterima menerusi notis akhbar oleh Maybank Investment Bank Bhd, yang bertindak sebagai penasihat bagi pihak Felda.- DagangNews.com

featured standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved