Cuci rambut atas motor, sengaja cari pasal

LocalEntertainment
19 Dec 2019 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JAKARTA - Penularan rakaman video memaparkan dua wanita menunggang motosikal sambil mencuci rambut mereka di jalan raya mendapat kecaman netizen.

Memetik portal Sosok.id, aksi berbahaya dua individu itu boleh mengundang kemalangan selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Rakaman itu dimuat naik di Instagram aikochan.real menunjukkan aksi mereka membasuh rambut dengan menggunakan syampu sambil menunggang motosikal di atas jalan raya.

Paparan tersebut menunjukkan wanita yang duduk di belakang bertindak memangku baldi sebelum melumurkan syampu dan air ke atas kepala rakannya termasuk dirinya.

Aksi itu dirakam oleh penunggang motosikal yang melalui jalan Meri, Kota Mojokerto Indonesia.

Bagaimanapun, aksi sekadar gurauan itu akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis kerana tindakan berbahaya dan mengganggu aliran trafik.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved