FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC

Football
16 Jun 2022 • 3:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua tunggakan gaji pemainnya.

Menerusi e-mel kepada pengurusan kelab, FIFA menyatakan pihaknya telah menerima surat-menyurat daripada pemiutang bahawa dana yang terhutang telah dipindahkan ke akaun masing-masing mengikut Perkara 13, Peraturan yang Mentadbir Prosedur Jawatankuasa Status Pemain dan Penyelesaian Pertikaian Dewan.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, perkara itu merupakan agenda utama bagi memastikan kelab itu dapat mendaftar pemain berkaliber.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atas bantuan dan bimbingan mereka.

"Ini menunjukkan komitmen kami untuk memastikan Perak FC dapat mengekalkan sejarah 101 tahunnya lalu melangkah ke kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

"Jangan lupa, usaha gigih pemain junior dan muda kita yang telah mencuba yang terbaik pada sesi pertama musim ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, penarikan larangan itu membolehkan Perak FC menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan itu.

"Selain itu, Perak FC akan menandatangani tiga pemain import ke kelab itu, tertakluk kepada ujian perubatan dan pra syarat kejurulatihan.

"Penyokong dijemput untuk melihat aksi pemain baharu dalam perlawanan persahabatan pada Ahad ini menentang Christian Seoul University di Stadium Perak," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved