FIFA tidak ambil tindakan gantung Israel

WorldFootball
3 Oct 2025 • 8:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Infantino - Foto: AFP

PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan bahawa bola sepak tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik ketika beliau berdepan desakan agar Israel digantung susulan konflik Palestin.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis FIFA, Infantino menekankan kepentingan mempromosikan keamanan dan perpaduan, khususnya dalam konteks situasi yang sedang berlaku di Gaza.

“Di FIFA, kami komited untuk menggunakan kuasa bola sepak sebagai jambatan menyatukan manusia dalam dunia yang terbahagi.

“Kami bersama mereka yang menderita akibat pelbagai konflik di seluruh dunia ketika ini, dan mesej terpenting yang boleh disampaikan bola sepak sekarang adalah mesej keamanan serta perpaduan," katanya.

Beliau turut menambah bahawa FIFA tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik, namun tetap bertanggungjawab mempromosikan bola sepak di seluruh dunia dengan mengangkat nilai penyatuan, pendidikan, budaya dan kemanusiaan.

Pada tahun 2022, FIFA menggantung Rusia sejurus selepas pencerobohan ke atas Ukraine, meskipun negara itu baru sahaja menjadi tuan rumah Piala Dunia empat tahun sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved