Fiffy dimahkota Ruran Ulung 2023

8 Mar 2023 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Fiffy Fenny Frankie dinobatkan sebagai Ruran Ulung (RU) 2023 sempena Pesta Irau Rayeh Lundayeh Sabah yang diadakan kali ke-15 anjuran Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS).

Berlangsung di Dewan Kompleks PKLS Sipitang malam Sabtu lepas, Tiffany Vanessa Dayang Titus mendapat tempat kedua diikuti Claudya Mimi Muring Terry.

Roland Musa dinobatkan sebagai Padan Liu Burung (PLB) 2023. Tempat kedua disandang Beckham Buing dan Nickholas Gihim di tempat ketiga.

Seramai lapan peserta dalam kategori RU dan enam dalam kategori PLB berjaya ke peringkat akhir.

Pemenang gelaran RU 2023 menerima wang tunai RM1,500, berserta tiara, sijil, trofi, selempang dan bunga. Tempat kedua menerima wang tunai RM1,200, tiara, sijil, trofi dan bunga manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000, sijil, trofi dan bunga.

Pemenang PLB 2023 menerima RM1,500, sijil, trofi dan selempang. Pemenang tempat kedua menerima wang tunai RM1,200, sijil dan trofi dan tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000, sijil dan trofi.

Malam RU/PLB itu dirasmikan oleh Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang hadir bersama isteri Datin Azizah Beniamen.

Turut hadir Presiden PKLS Datuk Pengiran Lalung dan isteri Datin Irene Linggam, Pegawai Daerah Sipitang Awgku Raimy Pg Abd Rahman dan Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Mail Sundongi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article