Fiji Pertimbang Buka Semula 3 Kedutaan Termasuk Di Malaysia

21 Jun 2023 • 8:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suasana sekitar bandar Suva di Fiji. - Gambar Fijiguide.com

SUVA - Kabinet Fiji bersetuju mempertimbangkan untuk membuka semula kedutaan di Malaysia, Papua New Guinea dan Amerika Syarikat serta menubuhkan kedutaan baharu di Israel, di bawah Belanjawan 2023-2024, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan kerajaan pada Rabu, negara kepulauan Pasifik itu telah menutup lima misi diplomatik di Washington DC, Seoul, Port Moresby, Brussels dan Kuala Lumpur sebagai sebahagian langkah penstrukturan di bawah Belanjawan 2020/2021 disebabkan pandemik COVID-19.

Penglibatan Fiji dengan negara yang terlibat, kini dijalankan oleh misi lain, termasuk mengenai pengaturan akreditasi.

Menurut kenyataan itu, langkah membuka semula kedutaan diambil selaras dengan pembukaan semula sempadan dan aktiviti di seluruh dunia kembali normal. - Bernama/Xinhua