Fikir Keselamatan Diri, Elon Musk Tolak Pelawaan Pejuang Palestin Melawat Gaza

30 Nov 2023 • 12:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemilik media sosial X, Elon Musk menolak pelawaan pejuang Palestin, Hamas untuk melawat Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri kemusnahan yang berlaku akibat serangan kejam tentera Israel.

Musk ketika disoal salah seorang pengguna berkata, buat masa ini keadaan tidak mengizinkan beliau untuk pergi ke Gaza kerana situasi masih lagi berbahaya.

“Ia (situasi) kelihatan agak berbahaya pada ketika ini. Namun, saya percaya bahawa Gaza yang makmur bagi jangla panjang adalah baik untuk semua pihak,”balasnya.

image is not available

Sebelum ini, pegawai kanan Hamas Osama Hamdan mempelawa Musk melawat Gaza selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu membuat lawatan kemanusiaan ke Kibbutz, Israel yang menjadi sasaran tentera Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Malah, Musk juga dilihat bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selain bersetuju untuk menghapuskan Hamas selepas melihat kibbutz Kfar Azza yang musnah

image is not available

image is not available