Fikir negatif, tiada tumpuan tanda awal individu perlu hubungi pakar

10 Oct 2022 • 10:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 OKT: Apabila seseorang sering berfikiran negatif dan tiada tumpuan pada kerja, ia menunjukkan tanda awal mereka berdepan masalah kesihatan mental, menurut EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata golongan tersebut diminta tidak menyembunyikan masalah masing-masing sebaliknya dapatkan kaunselor bertauliah dengan menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

“Kerajaan Negeri telah memulakan pelbagai inisiatif sejak tahun lalu bagi mengutamakan agenda kesedaran kesihatan mental.

“Inisiatif Sehat dalam aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) merupakan usaha terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu warga Selangor menangani isu kesihatan mental,” katanya di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved