Fikry Ibrahim ‘Signing Off’ Dari Melodi, Ucap Terima Kasih Kepada Kru, Penonton

Entertainment
10 Jul 2026 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Fikry Ibrahim mengumumkan penamatan tugasnya sebagai pengacara program hiburan popular, Melodi, semalam selepas dua tahun mengendalikan rancangan tersebut.

Fikry yang menjadi hos Melodi sejak 2024 tampil buat kali terakhir menerusi siaran malam tadi dan meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menimba pengalaman berharga sebagai pengacara.

Advertisement
View this post on Instagram

“Terima kasih kepada keluarga Melodi dan Ain Edruce kerana memudahkan kerja saya.”

“Untuk kali terakhir, terima kasih saya ucapkan kepada anda di rumah, teruskan menonton Melodi,” katanya.

Menurut Fikry, mengendalikan Melodi setiap minggu menjadi salah satu ruang untuk dirinya berseronok dan melepaskan penat.

“Setiap kali saya datang ke set Melodi, tidak kira ada masalah atau penat, itu jadi ruang untuk saya enjoy.”

“Saya Fikry Ibrahim, ‘signing off’. Terima kasih Melodi, terima kasih Malaysia,” katanya lagi.

Dalam siaran langsung tersebut, rakan hosnya, Ain Edruce turut dilihat sebak dan menyifatkan Fikry sebagai seorang rakan pengacara yang menyenangkan.

View this post on Instagram

“Fikry tak pernah menyusahkan tugas saya dan rasa seronok bekerja. Insya-Allah kalau ada rezeki, kita bekerjasama di luar sana,” ujarnya.

Bagaimanapun, pihak Melodi masih belum mengumumkan mana-mana selebriti yang bakal menggantikan tempat Fikry untuk siaran minggu hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Fikry Ibrahim ‘Signing Off’ Dari Melodi, Ucap Terima Kasih Kepada Kru, Penonton2026-07-10 13:52:49

Datuk Red Didakwa Tak Datang Mahkamah Kerana 'Honeymoon', Peguam Beri Penjelasan

The post Fikry Ibrahim ‘Signing Off’ Dari Melodi, Ucap Terima Kasih Kepada Kru, Penonton first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved