“Fiksyen Kejam, Realiti Lebih Perit — Tolong Berhenti Normalisasi Penderaan.”

Opinion
21 Jul 2025 • 9:00 AM MYT
Tulislepasgeram
Tulislepasgeram

A young writer with a big heart, sharing stories through a different lens.

Image from: “Fiksyen Kejam, Realiti Lebih Perit — Tolong Berhenti Normalisasi Penderaan.”
Photo by Eric Ward on Unsplash
Photo by Kristina Tripkovic on Unsplash
Photo by Kristina Tripkovic on Unsplash

“Sebab dia kacak semua dosa dia dimaafkan?”

Dia curang — tapi lepas satu babak air mata dan ‘taubat ekspres’, terus diangkat jadi hero. Kononnya dia setia selepas tersedar kesilapan.

Dia rogol — tapi bila mangsa jatuh cinta semula, dia kahwin sebagai ‘tanggungjawab’. Dan cerita pun tamat dengan adegan bahagia.

Dia bunuh orang — tapi sebab dia sakit jiwa dan trauma masa kecil, dan… ya, sebab dia kacak — dia ‘layak’ diberi peluang kedua. Malah dapat peluk ‘happy ending’ seolah-olah dosa tu boleh lupus sendiri bila jalan cerita berubah.

Bukan saya nak marah…

Tapi sebenarnya ya. Saya sangat marah.

Marah dengan naratif yang makin diterima.

Naratif yang cuci tangan penjenayah atas nama cinta.

Naratif yang ambil kisah penderaan, penderitaan, dan trauma — dan ubah jadi alat plot yang ‘mendebarkan’.

Marah dengan penulis yang tahu itu salah, tapi tetap tulis.

Yang tahu maksud rogol, tapi ‘rebrand’ sebagai “possessive love”.

Yang tahu beza cinta dan keganasan, tapi sengaja kaburkan garisan tu… sebab lebih ‘menjual’.

Marah dengan pembaca yang terlalu dimanjakan dengan fantasi toksik, sampai tak nampak langsung betapa beracunnya apa yang mereka sokong.

Yang sanggup tutup sebelah mata, asalkan lelaki tu hensem, berdagu tajam, dan tahu berkata manis dalam bab akhir.

Sebab semua ni bukan sekadar ‘fiction’.

Bila terlalu banyak cerita mula ulang corak yang sama — dari novel ke drama, dari Wattpad ke skrin besar — kita tak sedar satu benda:

Cerita mencipta kepercayaan.

Dan kepercayaan palsu inilah yang perlahan-lahan racuni cara kita menilai cinta, dosa, dan manusia.

Photo by Annie Spratt on Unsplash
Photo by Annie Spratt on Unsplash

Saya tak faham — bila penulis yang kononnya ‘matang’ dan ‘dewasa’ boleh dengan senang hati jadikan kisah rogol, culik, dan keganasan rumah tangga sebagai alat percintaan.

Lagi menyakitkan, bila semua itu dikemaskan dengan rebranding murahan: dark romance.

Tahu tak apa itu sebenarnya?

Itu bukan cinta.

Itu penyiksaan bersalut fantasi.

Dan ya… saya tahu. Saya pernah keliru juga. Masa umur saya lima tahun, saya tengok satu drama Melayu di TV. Watak perempuan tu dirogol — dan kemudian si perogol kahwin dengan dia.

Ending-nya? Bahagia. Senyum. Anak dua. Bertahan. Masa tu saya tak tahu apa maksud rogol. Tapi saya fikir: “Oh, sweetnya! Nanti kalau saya jadi macam tu, mesti lelaki tu akan jaga saya.”

Sekarang bila saya ingat balik… saya jijik. Saya sedih. Saya marah. Sebab sejak kecil, saya — dan mungkin berjuta kanak-kanak perempuan lain — dah disuap dengan skrip palsu yang bahaya.

Skrip yang normalisasikan penderitaan sebagai jalan cinta. Yang letak luka trauma sebagai tapak bahagia. Yang samakan dosa dengan peluang kedua

📌 Rogol bukan permulaan cinta.

📌 Culik bukan plot twist comel.

📌 Abuse bukan tanda sayang.

📌 Taubat palsu bukan tiket keluar penjara.

Photo by Louis Galvez on Unsplash
Photo by Louis Galvez on Unsplash

Saya bukan minta semua penulis jadi pendakwah. Saya tahu — ada ruang untuk fiksyen. Ada ruang untuk kelainan. Tapi sebagai penulis, kita ada tanggungjawab moral. Tanggungjawab untuk tidak membutakan pembaca muda.

Boleh ada trauma dalam cerita. Boleh ada antagonis. Tapi romantiskan? Halalkan? Normalisasikan? Tak boleh. Tak patut. Dan tak selamat. Saya tahu mungkin akan ada yang cakap:

“Ala... it’s just fiction. Relax lah.” Tapi kita lupa. Fiksyen mencipta imaginasi. Dan imaginasi — membentuk kepercayaan. Kalau satu cerita boleh buat kita jatuh cinta, satu cerita juga boleh sesatkan ribuan gadis yang fikir cinta itu datang dari lelaki yang menyakitkan mereka.

Kepada penulis baru, saya tahu tekanan untuk ikut trend. Saya tahu ramai suka lelaki yandere, suka konflik toxic, suka watak dominan. Tapi awak boleh tulis dengan bijak.

Tulis watak jahat, tapi jangan beri dia bahagia tanpa penyesalan sebenar. Tulis trauma, tapi dalam naratif penyembuhan — bukan glorifikasi.

Tulis cinta, tapi bukan dari luka yang belum sembuh. Penulis bukan sekadar tukang karang cerita. Penulis bentuk persepsi. Dan kadang-kadang, penulis juga bentuk luka — yang kita tak nampak.

Saya tulis artikel ini bukan sebab saya ‘benci lelaki jahat.’ Saya tulis sebab saya nampak terlalu ramai gadis muda jatuh cinta dengan fantasi sakit.

Saya tulis untuk mangsa yang tak pernah diberi suara. Untuk yang dipaksa diam. Untuk yang pernah percaya lelaki macam tu akan berubah... tapi sebaliknya, mereka hancur.

Awak bukan kisah murahan. Awak bukan babak dalam novel. Awak manusia. Awak patut hidup, bukan menderita untuk ‘jalan cerita’ orang lain.

Dan kepada sesiapa yang sedang tulis cerita macam ni... Tolong. Fikir semula.

Cinta sebenar tak datang dari darah dan air mata yang belum kering.

Dan watak jahat — Walau segagah mana pun — Tak layak peluk pengakhiran bahagia, jika luka yang dia cipta belum pernah dia ubatkan.

Artikel ini bukan menyerang genre fiksyen, tetapi menyeru kesedaran terhadap bahaya normalisasi keganasan dalam cerita cinta.

Sekian dari saya, seorang penulis dengan username “TulisLepasGeram.” sesuai dengan namanya, saya akan tulis artikel yang orang tak berani nak bercakap tentangnya.


Tulislepasgeram (delinsly30@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.