Fila Amir Kesal Netizen Persoal Muka Anak – “Habistu Doktor Kutip Sperma Siapa”

LocalFamily & Parenting
31 Jul 2025 • 5:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh dan usahawan Fila Amir kesal mengenai dakwaan netizen mengenai status anak pertamanya, Assara Adama Camara.

Netizen persoal muka anak Fila Amir

Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi menyelar dakwaan mengatakan anak perempuannya itu terhasil bukan daripada benih suaminya, Adama kerana tidak mempunyai rupa paras yang seiras.

@nanimubarak86

Replying to @mufc kenapa kamu sakit hati sangat kat dorang. Pernah kena reject ngan Fila ke dulu? Dosa dengan orang yang tak dikenali. #mamadil #filaadama

♬ original sound – Nani Mubarak – MAMADIL MY – Nani Mubarak – MAMADIL MY

Persoalan itu muncul kerana umum mengetahui bahawa Fila menjalani proses Persenyawaan In Vitro (IVF) menggunakan sperma Adama sebelum menimang cahaya matanya itu.

“Tadi ada orang komen, muka anak tak macam muka bapa pun, itu bukan anak dia.

“Macam mana pula bukan anak laki aku? Aku buat IVF doktor tu pergi kutip sperma siapa? Orang nak buat IVF ni guna sperma suami, kena sah yang mereka ni dah menikah,” kata Fila di TikTok, baru-baru ini.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa terkilan atas persoalan yang diajukan buat pempengaruh itu dan meminta agar Fila mengabaikan komen-komen berunsur negatif.

Malah ada juga wargamaya meminta agar Fila mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan tidak benar itu kerana rata-rata mereka mengatakan bahawa wajah anaknya persis Adama, suami kepada Fila.

Pedulikan kata netizen

image is not available

Tak takut dosa ke?

image is not available

Saman sahaja

image is not available

Untuk rekod, Fila dan suaminya, Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea itu selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pada 14 Mei lalu selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF).

Sumber: TikTok nanimubarak86