Filem ‘Abang Adik’ Raih Dua Anugerah Utama Pada MGGA 2024

Entertainment
29 Jul 2024 • 4:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Filem ‘Abang Adik’ meraih dua anugerah utama dalam acara tahunan, Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri di Kuala Lumpur pada Sabtu.

image is not available

Foto: baskl.com.my

Menerusi satu laporan Bernama, filem sulung arahan penerbit dan pengarah Jin Ong tersebut berjaya merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonan Kangren Wu berasal dari Taiwan dan Jack Tan dari Malaysia.

Filem yang mengisahkan tentang kehidupan dan hubungan erat dua anak yatim, iaitu Abang (Wu), pekak dan bisu serta Adik (Tan) walaupun tiada pertalian darah antara mereka berdua.

image is not available

Foto: Facebook MIFFEST and MGGA

Sementara itu, Anugerah Pelakon wanita terbaik pula diberikan kepada pelakon Jerman, Aenne Schwarz melalui filem ‘Every You, Every Me’, manakala Anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik dimenangi pelakon dari China, You Junfen menerusi filem ‘The Great Phuket’.

Turut hadir dalam majlis penganugerahan tersebut ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur-ul Afida Kamaludin.

image is not available

Foto: Facebook MIFFEST and MGGA

Untuk makluman, MGGA 2024 diadakan sempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) edisi ketujuh, yang mempamerkan filem antarabangsa dan tempatan di Malaysia bagi memberikan pengiktirafan kepada barisan pembikin filem dari seluruh dunia.

Sumber: Bernama