Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscars

LocalEntertainment
4 Oct 2024 • 10:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Filem Abang Adik terus mengecapi kejayaan apabila dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke-97 pada Mac 2025.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS.

Abang Adik wakili Malaysia ke Oscars

image is not available

Mereka terdiri daripada profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini menampilkan lakonan hebat Jack Tan dari Malaysia dan Kang Ren Wu dari Taiwan.

Karya ini telah merangkul 19 anugerah antarabangsa – satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global,” kata FINAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara pencapaian tertinggi Abang Adik ialah anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award, serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25 di Udine, Itali.

Malah, filem diterbitkan mm2 Entertainment, Cinema Inutile dan JW SAB & Partners itu turut menerima pengiktirafan di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37, Switzerland dan Festival Filem First di China.

image is not available

“Filem Abang Adik turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 Sept selepas mula ditayangkan pada 21 Sept 2024.

“Filem ini mencipta fenomena pada 2023 dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi,” ujar FINAS.

Di Malaysia, filem tersebut kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

image is not available