
GARA-GARA tiga filem yang dibintangi gagal mencapai status ‘box-office’, aktres jelita, Kiara Advani disaran netizen agar berhenti berlakon.
Perkara tersebut terjadi selepas filem terbaharu lakonannya bersama Yash iaitu Toxic gagal di pawagam.
Sebelum itu, filem lakonannya bersama Hrithik Roshan iaitu War 2 juga mengalami nasib yang sama.
“Melihatkan rekod filem yang dibintangi anda sering gagal. Mungkin lebih baik anda berhenti berlakon dan fokus terhadap rutin menjaga keluarga,” komen netizen.
Namun ada juga peminat terutama wanita yang mempertahankan Kiara. Mereka mempersoalkan, kenapa kegagalan sesebuah filem hanya disandarkan kepada heroin dan bukannya hero.
“Bila filem berjaya, hero dijulang dan mendapat pujian melambung. Tetapi bila gagal, kesalahan diletakkan di bahu heroin. Sangat tidak adil,” komen netizen.
The post Filem asyik gagal, Kiara Advani disuruh berhenti sajalah appeared first on Kosmo Online.
