Filem Baahubali jadi pilihan Ramanan, inspirasi tegakkan keadilan

12 Nov 2022 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH NASUHA BADRUL HUZAINI

KUALA SELANGOR, 12 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Buloh meminati filem aksi epik India terkenal Baahubali: The Beginning yang ditayang pada 2015.

Diarah S S Rajamouli, filem dalam dua bahasa yakni Telugu dan Tamil itu menarik minat Datuk R Ramanan berikutan mesejnya memberi inspirasi untuk menegakkan keadilan.

image is not available
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Buloh Datuk R Ramanan. Foto BERNAMA

“Baahubali: The Beginning banyak mesej penting kepada penonton antaranya ia memberi inspirasi dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan,” katanya kepada Selangorkini.

Turut gemar membaca buku, Ramanan berkata naskhah kegemarannya berjudul ‘The World of Watches’ hasil tulisan Gilles Lhote dan Jean Lassausois.

Beliau yang bermain bola keranjang jika ada masa terluang juga mengikuti persembangan bola sepak tempatan Selangor FC dan kelab terkenal Barcelona FC.

Berikut kegemaran lain Ramanan:

Minuman: Kopi

Makanan: Nasi Kandar

Artis tempatan: Farra Arshad

Artis antarabangsa: Coldplay

image is not available