Filem & Drama Lokal Ditayangkan Secara Percuma, Sempena Bulan Kemerdekaan

27 Aug 2023 • 2:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Percuma je, jangan lupa ‘selam’ filem dan drama di platform Viu

Filem & Drama Lokal Ditayangkan Secara Percuma, Sempena Bulan Kemerdekaan. Apabila tiba bulan Ogos, semangat patriotik semakin membara. Pemandangan Jalur Gemilang yang berbaris di sepanjang jalan dan tertancap di atas kereta membuatkan kita bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman damai.

Ayuh sambut Hari Kemerdekaan ini, khususnya bagi anda yang berjiwa patriotik, dengan menonton filem dan drama tempatan secara percuma di platform Viu sepanjang bulan ini.

image is not available
Sumber: siakapkeli

Cerita yang unik seperti disenaraikan di bawah

Menurut siakap keli, sebanyak 28 filem dan drama dengan plot unik kini boleh didapati, termasuk siri Viu Original seperti Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty, serta filem seperti Songlap, Hilang, Roh, dan Adiwiraku.

image is not available
She Was Pretty. Sumber foto: imdb

Bahkan, filem komedi turut ditayangkan secara percuma

Bukan itu sahaja, bagi filem komedi pula, seperti Nasi Lemak 2.0, Keluarga Baha Don, dan Lelaki Harapan Dunia sudah pasti akan menghiburkan penggemar filem komedi. Peminat Bell Ngasri, yang juga dikenali sebagai Barkoba, tidak boleh ketinggalan filem Hantu Van Sewa, ia pasti tidak mengeringkan gusi dibuatnya.

image is not available
Keluarga Baha Don. Sumber foto: imdb

Pencinta rock dan indie turut boleh menyelam filem dokumentari Pekik

Malah, bagi pencinta muzik rock dan indie pula akan menyukai dokumentari Pekik, yang menampilkan selebriti indie tempatan seperti Monoloque, Butterfingers, Hujan, Azmyl Yunor, dan Blind Tribe.

image is not available
Pekik. Sumber: google

Secara ringkasnya, filem dan drama tempatan yang dinyatakan tersebut akan membuatkan anda terhibur sepanjang bulan Ogos, iaitu sempena bulan kemerdekaan ini. Selamat menonton!

Baca juga artikel yang berkaitan: