Elden Ring baru sahaja dua tahun dilancarkan tetapi sudah memasuki senarai antara permainan soulsborne terbaik pernah dihasilkan. Statusnya sebagai GOTY tidak dapat dinafikan dalam kalangan gamer dan kelak ia diabadikan pula di layar perak. Filem Elden Ring akan diterbitkan oleh studio A24 dengan ia akan diarahkan oleh Alex Garland.

Pilihan pengarah yang menarik kerana beliau sebelum ini mengarah filem Warfare, Civil War, Ex Machina dan Annahilation. Beli memulakan kerjaya sebagai penulis menerusi novel The Beach sebelum menghasilkan skrip untuk Ex Machina, Dredd, 28 Days Later dan kemudiannya permainan video DmC : Devil May Cry.
Filem diumumkan sejak beberapa adaptasi permainan video menjadi filem dan siri TV mendapat sambutan penonton akhir-akhir ini. Dengan latar belakang Garland menghasilkan karya fantasi, sains fiksyen dan permainan video beliau mungkin pilihan yang tepat oleh A24. Bila penggambaran akan dimulakan dan sasaran ke layar perak belum diumumkan Bandai Namco.
