Filem Indonesia, Jerman ‘hiasi’ KKIF petang ini

Movie
24 Sep 2023 • 3:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAYANGAN Cinebalu diteruskan dalam Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) ke-14 petang ini (Ahad) dengan filem dari Indonesia dan Jerman.

Filem drama-tarian-muzikal Indonesia 2022, Imposter in the Last Dance diarahkan oleh Harvan Agustriansyah.

Ia mengisahkan tentang seorang raja yang sedih atas kehilangan isterinya dan tidak pernah kembali.

Di istana lain, ada berita tentang seorang raja yang baru berkahwin.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pertanyaan utama mengenai permaisuri yang hilang memaksa raja membuat keputusan yang sukar untuk mencarinya.

Dia mengambil peluang untuk mencari jalan bagi memasuki istana seorang lagi raja untuk melihat apa yang boleh dipelajarinya.

Dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 1980, Harvan belajar mengarah di Institut Kesenian Jakarta.

Selepas menamatkan pengajian, dia bekerja sebagai penolong pengarah dalam banyak filem cereka Indonesia.

Sebagai pengarah, dia sudah menghasilkan, menulis dan mengarahkan beberapa filem pendek yang pernah menyertai festival filem nasional dan antarabangsa.

Sugar on the Weaver’s Chair (2019) merupakan filem cereka pertamanya dan memenangi pelbagai anugerah di Houston, Amerika Syarikat, Guam dan Bali. Ia ditayangkan di KKIFF pada tahun 2021.

Harvan berkata Imposter in the Last Dance adalah adaptasi kisah mengenai Aria, tarian tradisional dari Bali.

“Cerita dalam filem ini pernah dipersembahkan di atas pentas dan didedikasikan hanya untuk raja-raja.

“Kini ia sudah dibentuk menjadi satu keajaiban untuk dinikmati oleh masyarakat Bali.

“Filem ini mempunyai keunikan tersendiri dengan gabungan muzik daripada gamelan, nembang, atau pengucapan merdu, serta tarian yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu.

“Gamelan, tarian dan perwatakan adalah tiga bahagian penting dan tidak dapat dipisahkan dalam filem itu, terutamanya semasa penggambaran.

“Hasilnya adalah sebuah filem megenai kisah di sebalik persembahan tarian dramatik Aria yang terus berkembang seiring peredaran zaman,” katanya.

Filem kedua yang akan ditayangkan pada petang ini ialah The Adventures of Prince Achmed.

Visual filem ini ternyata menambahkan lagi nilai jalan ceritanya yang mempesonakan.

The Adventures of Prince Achmed ialah sebuah kisah dongeng Jerman pada 1926.

Ia adalah filem animasi tertua dan menggunakan teknik animasi siluet yang dicipta oleh pengarah, Lotte Reiniger.

Terdapat persamaan dengan Wayang Kulit, walaupun Reiniger menganimasikan figuranya “frame by frame”. Ia mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan filem ini.

Filem ini mengisahkan tentang seorang putera kacak yang menunggang kuda terbang ke sebuah negeri yang jauh dan memulakan pengembaraan ajaib, termasuk berkawan dengan ahli sihir, bertemu Aladdin, dan melawan syaitan demi memenangi hati seorang puteri.

Tayangan bermula pada pukul 8 malam, di City Cineplex, pusat beli-belah City Mall, di Kota Kinabalu. Tiket boleh dibeli secara atas talian di kkiff.com atau kaunter tiket pawagam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article