Sebagai peminat permainan video Metal Gear Solid, saya telah menanti filem adaptasinya sejak Hideo Kojima mengagumkannya pada tahun 2006. Dua dekad telah berlalu dan tiada filem ke layar perak sementara Hideo Kojima pula telah meninggal Konami.

Pagi ini The Hollywood Reporter melaporkan Sony sedang membangunkan filem Metal Gear Solid dengan pembabitan pengarah Zach Lipovsky dan Adam Stein. Kedua-duanya sebelum ini mengarahkan filem Final Destination: Bloodlines. Projek baru sahaja diumumkan tanpa maklumat mengenai Tia pelakon, jalan cerita, atau sasaran tarikh tayangan.
Sebelum ini kedengaran ura-ura Oscar Isaac yang membintangi filem Star Wars, Dune Part One dan X-Men : Apocalype berminat memainkan watak utama Solid Snake. Ini adalah ketika pengarah Jordan Vogt-Robert dilaporkan berminat menghasilkan filem tersebut. Pasukan kreatif sudah beberapa kali berubah dan kita sebagai peminat masih perlu 待たせたな (Mataseta na) untuk filem ini menjadi realiti.
