Filem Pendek 'Pewaris Harapan Negara' Papar Semangat Patriotik

Movie
1 Sep 2022 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Filem pendek ini memaparkan semangat patriotik yang mencetuskan impak positif - Gambar Facebook Toyata Malaysia

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah menghasilkan sebuah filem pendek yang pasti menyentuh hati untuk ditonton rakyat Malaysia. 

Bertajuk ‘Pewaris Harapan Negara’, filem pendek ini memaparkan semangat patriotik yang mencetuskan impak positif dan memperlihatkan UMWT dalam usaha dan komitmen untuk menjamin kebahagiaan kepada semua orang.

image is not available

Malah, filem pendek ini juga dibarisi  anak-anak warga UMWT sendiri sebagai generasi yang akan membangunkan negara pada masa hadapan. Turut diselitkan di dalam penceritaan filem pendek ini adalah nyanyian lagu patriotik ‘Sejahtera Malaysia’ sebagai tanda penghargaan rakyat Malaysia atas jasa bakti yang dicurahkan kepada masyarakat.

Kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pembikinan filem ini adalah sebagai tanda penghormatan serta penghargaan  UMW Toyota Motor terhadap rakyat dan negara Malaysia yang penuh bersemangat serta positif  dalam membawa negara ke arah negara yang lebih maju jaya.

image is not available

“Kami berbangga kerana selama ini kami telah berkembang sejajar dengan pembangunan negara dan berkhidmat kepada rakyat menerusi penawaran produk serta perkhidmatan bagi memastikan pembaharuan dan memacu ke arah menawarkan kemudahan yang terbaik.

“Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia,” tambahnya.

Filem pendek yang berdurasi selama 2 minit 30 saat ini boleh ditonton melalui saluran YouTube ToyotaMY.

Selain itu, bagi meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, promosi perkhidmatan selepas jualan sedang diadakan oleh pihak Toyota dari 22 Ogos sehingga 30 September 2022. Pelbagai tawaran menarik disediakan kepada bakal pemilik kenderaan jenama ini mahupun pemilki yang sedia ada.  - Getaran, 1 September 2022