Filem Pendek Wajib Tonton Raya Tahun Ini, Mesej Tersirat Runtun Hati Netizen

EntertainmentMovie
19 Mar 2026 • 5:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hari Raya, hari kemenangan untuk seluruh umat Islam selepas sebulan mengawal hawa nafsu adalah saat yang dinanti-nanti ramai orang.

Bukan sekadar hanya baju baru, juadah enak tersedia penuh meja, tapi paling penting adalah erti sambutan itu sendiri yang sinonim dengan keberadaan bersama yang tersayang.

Yang jauh balik pulang ke tempat asal. Selepas setahun bekerja mencari rezeki, perayaan ini adalah alasan paling kukuh untuk pulang meraikan bersama keluarga.

Tapi, dalam kegembiraan dan kemeriahan, ada juga yang terpaksa akur dengan keadaan. Ada yang dikekang komitmen kerja, kewangan selain yang dibelenggu masalah peribadi sehingga mengambil keputusan untuk tidak pulang.

Lebaran Keredaan 

GWM bawakan kisah Faiz yang pada mulanya tidak berniat untuk balik kampung beraya tapi diajak pulang oleh bosnya, Razak kerana mereka dari daerah yang sama, Kuala Pilah.

Perjalanan panjang bersama Razak tanpa disangka-sangka Faiz merungkai cerita orang atasannya itu yang mengajarnya erti kepulangan sebenar.

Lebaran Keredaan menampilkan mesej kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan, kesyukuran dan semangat Hari Raya dalam filem pendek penuh keinsafan.

Dalam setiap perjalanan, setiap orang ada cerita yang mungkin selama ini tersimpan jauh di lubuk hati. 

image is not available

Tapi paling penting, tiada pemanduan yang lebih penting melainkan ketika menuju keluarga tercinta lebih-lebih lagi sempena 1 Syawal.

GWM HAVAL H6 HEV teman pemanduan balik kampung menuju keluarga

image is not available

Dalam filem ini, Razak memandu GWM HAVAL H6 HEV yang direka untuk perjalanan jauh dan keselesaan harian, GWM HAVAL H6 HEV hadir dengan pelbagai ciri yang memudahkan pemanduan terutama ketika musim perjalanan pulang ke kampung. 

Dengan jarak perjalanan sehingga 1000 km bagi setiap tangki, tidak perlu risau beratur panjang di stesen minyak ketika musim ini. 

image is not available

Saksikan kesudahan filem pendek Lebaran Keredaan di semua platform media sosial GWM dan hayati kisah Faiz dan Razak yang mungkin kita semua boleh belajar sesuatu darinya.

Setiap perjalanan ada ceritanya, setiap cerita ada hikmahnya.

The post Filem Pendek Wajib Tonton Raya Tahun Ini, Mesej Tersirat Runtun Hati Netizen appeared first on Oh! Media.