Filem Sensasi ‘Tuhan Izinkan Aku Berdosa’ Curi Perhatian, Berani Angkat Isu Sensitif

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 4:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Masyarakat dari seluruh pelosok dunia khususnya Malaysia dan Indonesia sedang dihangatkan dengan filem sensasi seperti Ipar Adalah Maut yang mendatangkan banyak reaksi dan persepsi masyarakat mengenai galuran cerita tersebut.

Baru-baru ini, filem Tuhan Izinkan Aku Berdosa arahan hebat dari Hanung Bramantyo telah tayang sejak 22 Mei lalu dan mendapat tempat tayangan di Netflix, sekali lagi berhasil mencuri perhatian ramai.

image is not available

Filem ini berjaya mencuri perhatian pecinta filem kerana mengangkat isu-isu sensitif, seperti masalah kekerasan seksual yang dibungkus dengan kepercayaan agama.

Aluran cerita pada filem ini sebenarnya diadaptasi dari sebuah novel yang berjudul Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur karya Muhidin M Dahlan.

Banyak papar adegan Romen-Islamik

Justeru itu, filem ini dikritik hebat oleh segelintir masyarakat kerana naratif cerita atau isu yang dipaparkan seolah-olah mengangkat genre Romen-Islamik.

Romen-Islamik ini dilabelkan sebagai sebuah wadah atau genre adegan yang menyelitkan adegan panas sambil berselang-seli dengan nasihat agama.

image is not available

Mesej agama diselitkan sekali dengan adegan maksiat

Pengarah juga dikritik kerana belum cukup handal dalam menggambarkan adegan panas secara tersirat dan tersurat kepada masyarakat yang menonton kerana adegan dipaparkan terlalu terbuka dengan sentuhan berani seperti filem-filem Hollywood yang tiada tapisan.

image is not available

Disamping itu, terdapat segelintir masyarakat menyokong kejayaan filem ini kerana berupaya mendidik juga mengangkat isu yang benar-benar terjadi dalam masyarakat Islam serta tidak pun mengaibkan mana-mana pihak agamawan.

Sekadar info, novel yang diangkat menjadi filem ini sempat menjadi kontroversi, bukan hanya kerana judulnya, tetapi juga kerana kisahnya terkait seorang perempuan yang masuk organisasi pejuang negara islam tetapi kemudian kecewa dan beralih menjadi seorang pelacur.

image is not available

Filem ini turut mendapat pencalonan dalam Anugerah Piala Citra Festival Film Indonesia 2024.

Tuhan Izinkan Aku Berdosa dibintangi oleh Aghniny Haque, Djenar Maesa Ayu, Andri Mashadi, Donny Damara, Samo Rafael, Nugie dan Ridwan Raoul Rohaz.

Sumber: X @HabisNontonFilm

View Original Article