Filem Song Joongki Gagal Capai Kutipan Box Office Dua Kali Berturut-Turut, Apa Sebabnya?

EntertainmentMovie
8 Jan 2025 • 2:26 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, dua filem dari Song Joong-ki ini kurang mendapat sambutan.

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah kembali dengan filem baru berjudul “Bogota: City of the Lost”, mula ditayangkan pada 31 Disember yang lalu.

Namun setakat ini, naskhah tersebut hanya berjaya menarik sebanyak 336,348 penonton di pawagam, merupakan rekod yang agak rendah untuk filem yang diterajui pelakon top.

image is not available

Malahan filemnya sebelum ini iaitu “Hopeless” yang dikeluarkan pada Oktober 2023, hanya mengumpul 260,000 penonton, menandakan kegagalan box office kedua berturut-turut buat Song Joong-ki.

Meninjau ruangan komen menerusi laman komuniti dalam talian, ada yang berpendapat bahawa plot kedua-dua filem itu mungkin menjadi penyebab penonton kurang tertarik untuk menontonnya di pawagam.

Selain itu, kebanyakan netizen juga lebih memilih untuk menonton drama kini berbanding filem.

Hmm kenapa agaknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.