Filem ‘Spilt Gravy’ Dominasi Pencalonan FFM Ke-32

Movie
25 Nov 2022 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr. Md Nasir Ibrahim (tengah) memegang piala Festival Filem Malaysia Ke-32. - Gambar oleh Syeda Imran

Filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Albakri mendominasi senarai pencalonan Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32). 

Spilt Gravy membolosi 14 pencalonan kategori utama seperti Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Utama, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 

Filem Air Force: Selangi Bernyawa juga menyerlah dengan 13 pencalonan diikuti filem Juang dengan 10 pencalonan. 

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dalam pada itu menyifatkan penyertaan filem tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.

image is not available
Dr. Md Nasir Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

“Tidak ada kajian khusus untuk kita membandingkan kualiti tahun lalu dan tahun ini. 

''Namun, secara umumnya, filem yang terpilih tahun ini kelihatan lebih baik berbanding tahun lepas berdasarkan kepada jumlah tontonan dan maklum balas positif daripada penonton,” katanya.

image is not available
Antara penggiat seni yang hadir semasa sidang media Festival Filem Malaysia Ke-32, di Bukit Bintang, hari ini. - Gambar Syeda Imran.

Bertemakan 'Filem Kita, Citra Kita' edisi FFM32 pada tahun ini selari kepada penjenamaan penerbitan filem tempatan beridentitikan nilai tempatan yang mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa.

Tahun ini menyaksikan 55 penyertaan termasuk filem cereka, cereka digital, filem pendek dan filem antarabangsa.

Malam anugerah berprestij itu bakal diadakan di Encore, Melaka pada 2 Disember ini. – Getaran, 25 November 2022 

View Original Article