Filem Susulan Untuk “The Social Network” Sedang Dibangunkan

TechnologyDigital
26 Jun 2025 • 7:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

“The Social Network” merupakan filem berkenaan dengan pembentukkan Facebook, yang telah diterbitkan pada tahun 2010 yang lepas. Kini, selepas 15 tahun, Sony dilihat meneruskan fasa untuk pembangunan filem susulan untuknya.

Aaron Sorkin yang menulis filem pertama dijangka akan kembali untuk menulis dan mengarah filem kedua berkenaan. Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah filem ini akan diterbitkan untuk tayangan, dan adakah pelakon filem pertama akan dikekalkan atau sebaliknya.

Filem kedua ini dijangka akan menyentuh berkenaan perkembangan media sosial berkenaan, selain budaya kerja dalaman, serta kesan-kesan yang dibawa oleh Facebook ke dunia sebenar, seperti terhadap pilihanraya, kesan kepada remaja, keganasan dan lain-lain.

Dengan Facebook yang kini turut memiliki sejumlah jenama popular seperti Instagram dan WhatsApp dibawah mereka, semestinya filem ini akan menjadi satu lagi filem yang dinantikan ramai – terutamanya pada era digital kini.