Filem Tak Laku, Aamir Khan Tak Sanggup Ambil ‘Payment’

EntertainmentMovie
7 Sep 2022 • 10:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-gara kutipan tayangan filem Laal Singh Chaddha (2022) tidak ‘laku’, pelakon dan pengarah Bollywood terkenal, Aamir Khan tekad menolak bayaran untuk bahagiannya sendiri selaku pelakon dan penerbit, lapor Outlook India.

Filem romantik-komedi arahan pengarah Advait Chandan yang menelan kos sebanyak RM10 juta itu hanya mampu mencatatkan kutipan serendah RM7 juta sahaja sejak mula ditayangkan di seluruh dunia pada 11 Ogos lepas.

Dalam masa sama, jumlah bahagian untuk Aamir bagi bayaran lakonan serta kos penerbitan pula adalah RM5.6 juta, namun pelakon itu sanggup menolaknya kerana semata-mata mahu menampung kos kerugian.

“Dia (Aamir) sudah habiskan masa empat tahun untuk menghasilkan filem tersebut tapi langsung tak ambil satu sen pun daripadanya.

“Hakikatnya, dia masih berpeluang untuk dapatkan bayaran sebanyak RM5.6 juta, tetapi dirinya memilih untuk tanggung segala kerugian dan turut salahkan dirinya sendiri atas kegagalan filem tersebut,” maklum laporan itu.

image is not available
Kredit: Instagram

Difahamkan, Laal Singh Chaddha yang merupakan remake kepada filem terdahulu, Forest Gump (1994) yang pernah dibintangi Tom Hanks itu ditayangkan bersempena sambutan Raksha Bandhan pada tahun ini.

Filem bertemakan romantik-komedi tersebut dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Bollywood seperti Aamir sendiri, Kareena Kapor, Naga Chaitanya, Mona Singh, Manav Vij, Ahmad Ibn Umar dan Hafsa Ashraf.

Ditayang di Netflix

Menurut Outlook India, filem itu asalnya tidak akan ditayangkan di mana-mana platform penstriman (online streaming) sehingga enam bulan selepas tayangannya di pawagam.

Namun, sambutan hambar di pawagam menyebabkan pihak produksi terpaksa membuat keputusan untuk memasukkannya ke dalam platform penstriman lebih awal daripada perancangan asal.

Justeru, selepas beberapa kali berunding, pembikin Laal Singh Chaddha akhirnya memeterai perjanjian dengan Netflix untuk menayangkannya secara penstriman online bermula 20 Oktober ini.

Terdahulu, Aamir Khan dikatakan pernah menuntut hak penstriman terhadap pihak Netflix dengan nilai perjanjian hampir RM8.4 juta.

Akan tetapi, setelah filem tersebut gagal menarik jumlah penonton yang ramai, akhirnya kadar nilai perjanjian yang dipersetujui hanyalah sekitar RM4.5 juta ke RM5 juta.