Filem Talbis Iblis Diharamkan Di Brunei

Movie
18 Oct 2022 • 1:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Filem yang dikatakan antara filem Malaysia paling seram untuk tahun 2022 iaitu Talbis Iblis bakal menjengah pawagam seluruh negara pada 20 Oktober ini.

Sebelum ini, filem itu turut dijadualkan akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Namun, menerusi sebuah hantaran di Instragram Times Cineplex Brunei, mereka telah memaklumkan bahawa filem Talbis Iblis terbiitan Infinitus Productions Sdn Bhd ini  tidak akan ditayangkan di negara itu kerana telah diharamkan.

“Maaf kalian, Talbis Iblis tidak akan ditayangkan di sini berikutan tidak lulus penapisan,” tulis mereka di bahagian kapsyen.

Di bahagian komen, kelihatan ramai peminat dari Brunei yang kecewa apabila filem ini tidak akan ditayangkan di sana.

image is not available

“Aduh, sudah lama menantikan filem ini. Lama tidak lihat filem terbaru lakonan Nasha Aziz. Apa boleh buat,” komen salah seorang netizen.

Bagi mendapatkan pengesahan berhubung hal ini, Getaran telah menghubungi penerbit eksekutif Infinitus Productions Sdn Bhd filem, Gayatri Su-Lin Pillai sebentar tadi.

“Ya betul filem Talbis Iblis tidak dapat ditayangkan di Brunei kerana tak lepas penapisan filem,” katanya.

image is not available
Gayatri Su-Lin Pillai

Ditanya bagaimana penerimaannya terhadap perkara ini, kata Gayatri dia menghormati pendirian setiap negara tentang peraturan yang ditetapkan.

“Setiap negara mempunyai undang-undang tentang penapisan filem. Jadi kita perlu terima seadanya.

“Ini bukan filem pertama saya yang kena ‘banned’ di sana, Sebelum ini filem yang saya hasilkan bersama Astro Shaw iaitu Hoorey Hoorey juga terkena nasib yang sama. Jadi saya okay sahaja, ia bukan isu yang besar buat saya,” ujarnya.

image is not available