Filem TARUNG: Unforgiven Panas Di Pawagam! Kutip RM10.5 Juta Seminggu Tayangan

LocalMovie
14 May 2026 • 5:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu tayangan di pawagam.

Lebih membanggakan, filem terbitan Alpha47 itu turut menduduki tangga pertama carta Top 10 Movie GSC, sekali gus mengetepikan beberapa filem besar antarabangsa yang sedang ditayangkan.

Image from: Filem TARUNG: Unforgiven Panas Di Pawagam! Kutip RM10.5 Juta Seminggu Tayangan

Perkembangan positif itu turut disambut penuh rasa syukur oleh pengarahnya, Razaisyam Rashid yang mengakui terharu dengan sokongan luar biasa penonton tempatan terhadap naskhah berkenaan.

“Dari hari pertama tayangan, kami sudah dapat rasa kehangatan dan semangat dari penonton untuk filem ini.
“Harapan saya, semoga Tarung: Unforgiven dapat jadi pemangkin baharu untuk filem aksi tempatan pergi lebih jauh, besar dan berani.
“Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada perjalanan ini,” katanya.

Image from: Filem TARUNG: Unforgiven Panas Di Pawagam! Kutip RM10.5 Juta Seminggu Tayangan

Filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Zul Ariffin, Bront Palarae, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Amir Ahnaf dan ramai lagi yang menguatkan lagi penceritaan aksi penuh intensiti itu.

Kejayaan awal ini dilihat sebagai isyarat positif terhadap perkembangan industri filem aksi tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton Malaysia.

Sumber: Threads razaisyamrashid, astroshaw

The post Filem TARUNG: Unforgiven Panas Di Pawagam! Kutip RM10.5 Juta Seminggu Tayangan appeared first on Borak Daily.